Sunday, March 3, 2024

Lagi kenduri...3 Mac 2024.

Diari DAUD : Hari ni, 3 Mac 2024 aku gi kenduri lagi. Kali ni kenduri TAHLIL pulak. Dah nak hampir Ramadan ni memang ada je kenduri di mana mana sama ada  dijemput atau tak saje la. Aku dijemput oleh sepolan yang aku jumpa kat masjid itu hari. Aku datang sorang je sebab dia jemput aku je dan tak sebut pun orang rumah sekali. Datang sorang je la sebab tak boleh hadir dengan bini. Nanti jatuh haram makan makanan tanpa jemputan.


Sipolan yang jemput aku tu bukan orang lain pun tapi pangkat anak sedara aku jugak tu. Dia kawin dengan cucu orang kawasan situ. Aku sebut sipolan sebab tak tahu nama dia tu walaupun sedara...hahaha...Sampai la ni...Teruk aku ni kan...haha...Mungkin itu kenduri anak beranak dia orang kut. Majlis bermula jam 12.00 tengah hari tapi aku dah gerak jam 11.45 pagi. Lokasinya bukan jauh pun dari rumah aku, mungkin dalam lebih kurang 1 Km kut.

JAMAN

Baju batik tu MAT KOCAH.

Ini pangkat anak sedara aku tu.

Sebaik je sampai dan parking kete kat laman rumah orang, tak minta kebenaran pun sebab rumah kosong...hahaha.. Aku terus menuju rumah kenduri tu. Nampaknya macam dah ada tetamu. Sebaik sampai terus salam dengan jemputan yang dah sampai tu. Baru sampai je dah ramai yang tanya aku ni sapa...hahaha..Ada jugak la yang macam akan2 kenal kat aku. Aku jawab la nama aku. Rupanya yang tanya aku tu si JAMAN. Tergamam aku sebab dah lebih 30 tahun tak jumpa dia ni. JAMAN ni sebaya Brahin. Aku kenal jaman ni sebab dia selalu main badminton dengan kami di belakang rumah LATIT sepupu aku, anak makcik E. Selalu dia datang tumpang main masa tu. Gelanggang badminton masa tu linenya atau garisannya dibuat dengan balahan buluh saja. Nampak sangat masa tu memang tak mampu nak buat gelanggang yg kemas. Net dan bulu ayam dibeli secara kongsi2. Kenal dengan Jaman ni sebab dia selalu datang kelo main badminton masa tu. Jaman ni grup julu, dan lokasi kumpul dia orang tentu kat kedai haji azid, atuk si Leman mat nor. Bila aku dah kuar dari kampung 1983 sampai sekarang la baru jumpa dia balik. Dia kata dia tinggal di Taiping. Dan dia selalu balik dalam 2 kali seminggu sebab menjengah emak dia yang dah tua tu. Dia kata umur emak dia dah 97 tahun. Tapi masih boleh urus diri sendiri, cuma pendengaran dah kurang. Lama jugak la kami sembang.



Aku juga sempat la sembang dengan yang lain2 termasuk MAT KOCAH. Mat Kocah ni jauh lebih tua daripada aku. Dia seusia dengan abang aku yang tua yang telah jadi almarhum tu. Mat Kocah ni kata dia kawan baik dengan Mamud tu. Banyak la lagi dia cite dan banyak pulak yang aku lupa. Mat Kocah ni juga tanya aku berkaitan abang ipar aku yang duduk di Taiping tu. Dia kata abang ipar aku tu kawan baik dia. Dia orang berdua belajar kelas malam di Parit masa muda muda dulu. Aku dengar aje cerita dia sebab aku tak tau nak cite apa sebab dia tua drpd aku 10 tahun. Rasanya dia banyak cerita2 lama dia orang tu. Ramai juga yang aku tak berapa kenal sebab mereka jenerasi lebih tua dan jenerasi yang lebih muda drpd aku. Pangkat anak sedara yang jemput aku pun aku tak kenal kalau dia tak perkenalkan dini. Sebab dia orang lebih  muda daripada aku. Adik beradik dia pun ada datang. Abang dia, MANSOR pun ada datang. Aku tegur2 gitu saja sebab aku tak berapa rapat dengan Mansur ni.





Sorang lagi aku jumpa kat kenduri ni, yang dia kenal aku, aku pulak langsung tak kenal dia. Zaki adik Jaman. Dia tinggal di Pahang sekarang ni. Dia kata masa kecik dia selalu datang kelo bermain dengan kita orang. Dia kata dia ada masuk rumah aku masa dia datang kelo untuk bermain. Jenuh aku nak ingat benda tu tapi gagal nak ingat. Saraf otak aku tak berhubung langsung untuk terjemahkan cerita dia tu dengan ingatan aku. Dah cuba banyak kali tapi gagal. Dia ingat lagi semua bayangan masa kecik kami bermain di jelo tu. Dia kata dia ingat sangat. Tapi ingatan aku langsung zero berkaitan hal tu. Malu pulak aku sebab orang ingat aku, aku pulak sebaliknya. Itu risikonya kalau pi kenduri, orang kenal kita kita tak kenal orang. Aku memang lupa sangat. Mungkin aku punya memori data aku dah korap kut. Mungkin sebab aku pernah kemalangan di Bangi dulu tu...Ewah....aku dah mula buat alasan pulak dah....hahahaha...
Cerita kemalangan kete aku ada DI SINI...tahun 2010 rasanya...Alasan kan....
Bila aku dah pindah kampung ni baru la aku jumpa ramai kenalan2 dulu2 masa kecik dan muda2 dulu tu. Dan aku masih ingat rakan aku yang rapat2. Kawan aku tak ramai pun masa kecik2. Sebab lebih suka duduk rumah...Betul2 lelaki suci aku ni...hahahaha...Antara kawan2 aku ialah Ze dan Mizi. Selalu sembang kat depan rumah Latit tu waktu malam. Tapi dia orang berdua ni jarang sampai tengah malam sembang kat situ. Mungkin sebab emak dan ayah dah beri warning kut....hahaha. Yang sampai tengah malam sembang kat situ, aku, Latit dan Deris kalau tak silap. Deris dan Latit ni muda drpd aku...Mungkin 5 tahun kut...tak pasti..Aku memang sembang kat situ hampir tiap malam sebab siang2 aku belajar kat rumah. Belajar memang la rajin tapi tak gak pandai pandai...hahaha...Malam2 aku kuar sampai tengah malam. Kalau esok cuti sekolah kadang2 tidur rumah Latit, atau rumah makcik E la tu. Memang rajin aku tido rumah tu. Dah macam rumah aku je. Apa nak malu kan Makcik tu emak sedara aku. Adik ayah aku. Nak malu pekebenda....hahaha..Kalau esok pi sekolah aku balik juga dalam gelap gelita tu...Masa tu mana ada lampu macam sekarang ni...Masa tu tak takut langsung pun. Kalau ada hantu kacau memang kena penyepak la jawabnya...hahaha...Tapi sekarang ni nak kuar rumah pun takut...seram....hahahaha...Cerita kat atas tu masa aku sekolah menengah. Masa aku sekolah rendah, kawan aku Zan, Ros dan Ude...Masa kecik memang selalu main kat tebin la...Tebin tu sungai la kata orang Selangor....hahaha...Banyak kenangan masa kecik2 tu...
Itu la serba sikit kisah aku tu...Nanti ada masa aku cite lagi la...Korang nak baca, baca la, kalau tak nak, aku tak kisah pun...lantak korang la...hahaha...
Catatan : Antara yang lain aku jumpa kat kenduri tu...Jon, Dayarbi, Tapa, Usop gerai, Yus, Mariah, imam junaidi, imam hilmi, siak masjid dan ada la beberapa orang lagi yang aku kenal...yang lain2 tu aku kurang kenal......

~ SEKIAN ~
daud m. zakaria

Monday, February 26, 2024

Pi Kenduri Lagi....24 Feb. 2024

Diari DAUD : Bila kita dijemput, wajib penuhi jemputan jika tiada aral yang melintang. Tambah pulak kita kata InsyaALLAH. Seolah-olah kita jual nama ALLAH SWT sebagai penguat kata kita. Cakap berlapik la konon...hahaha.. Memang la kita wajib pi kan...Tak terkecuali la aku. Aku dan keluarga dijemput untuk hadir kenduri anak buah bini aku di SAUK tu. Dia orang buat kenduri di rumah emak dia orang di SAUK. Emak dia orang tu kakak kepada bini aku. Rapat lagi tu dalam susunan keluarga dia orang.

Ada 7 beradik di sini daripada 11 beradik.

Kenduri akikah tersebut dibuat di rumah kakak ipar aku la. Kenduri cicit dia la. Nampak tu, kakak ipar aku dah jadi ONYANG. Tak secara langsung bini aku dah jadi ONYANG SEDARA la. Aku pun ikut terbabit jadi ONYANG...hahaha..

Kami tak dapat hadir awal sebab jauh rasanya...hahaha...Kami gerak jam 9 lebih pagi dari rumah di Kg Senin. Kami berdua saja yang pi sebab anak bungsu kami tak nak pi. Dia macam aku masa kecik dulu2 gamaknya. Aku kecik2 dulu pun malas nak pi kenduri kendara ni. Dah tua pun aku macam tu. Dah bersara ni baru aku rajin pi kenduri kendara ni. Dah tua tua ni aku rasa perlu untuk involve dalam masyarakat. Kalau ikut pilihan hati dan dari lubuk hati, aku memang suka MEMERAP dalam rumah...hahaha...Rumah ku, syurga ku...hahahaha...opst!

dari KG. SENIN ke KG STRUS, SAUK, K.KANGSAR.

Kami gerak dari Kg. Senin ke Parit seterusnya ke Senggang, Kg Menora, Sayung, Kuala Kangsar, Pekan Kati dan Kg Seterus di Sauk. Dalam 70 km dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai di sana. Sampai sana, terus pi ke rumah kakak ipar aku tu, kak Saba. Masa tu majlis 'berendoi'...ermmm...aku pun tak tau betul atau tak sebutan aku ni, dah pun selesai. Majlis khatan juga dah selesai. Jadi kami cuma duduk2 je dan sembang-sembang dengan sedara mara dan ipar duai bini aku. Sementara menunggu majlis tahlil waktu hampir tengah hari. Macam biasa la, aku akan rakam sikit2 suasana kat situ dengan handphone aku sebab memang aku bercadang untuk buat video sikit. Kalian boleh tonton video tu di bawah...ewahhh...kalau tak tonton la...

Banyak la sembangnya bini aku tu sebab dah lama tak jumpa sedara mara dia tu. Las sekali jumpa masa majlis akikah cucu abang bini aku tu, ENCIK AKHIR di MANJUNG. Lagi pun hubungan saudara bini aku memang rapat pun dari dulu sampai la sekarang ni. Bukan rapat main2 tau, rapat sungguh  sungguh atau rapat giler weyyy....Pada aku itu yang terbaik iaitu rapatkan hubungan sedara mara tanpa sebarang rasa tidak puas hati antara satu dengan yang lain. Mungkin sebab berkat doa emak bapak dan datuk nenek dia orang kut. Rasanya itulah sepatutnya yang dilakukan. Kita mesti doakan yang terbaik untuk keturunan kita hingga ke hari kiamat. Sekurang kurangnya kita dapat pahala berdoa tu.....tak gitu. Jangan sekali kali kita SELFISH atau mementingkan diri sendiri. Jangan sekali2 ada rasa iri hati, hasad dengki dan sebagainya. Kalau tak ada sikap macam tu, tentu mampu untuk hidup bahagia...tak gitu...Ewah macam khutbah jumaat pulak aku ni...hahaha...



Lepas majlis tahlil, tentu la makan-makan kan. Banyak jugak juadah yang disediakan. Sementara makan tentu sembang sembang kan. Itu biasalah dalam setiap kenduri. Mungkin masa tu la jugak orang kampung nak berjumpa atau ada peluang untuk berjumpa kan. Bila berjumpa tentu la banyak sembang sembangnya. Itu normal la dalam setiap sesi kenduri kendara...tak gitu.

Walau macam manapun kita yang dah tua tua ni kena jaga pemakanan. Maklum la, warga emas, tentu saja dah ada beberapa penyakit di badan kan... Tak terkecuali la aku. Aku kena amik makanan yang sesuai dengan usia dan keadaan kesihatan badan aku. Kenduri ni tentu seronok buat mereka yang muda2 dan yang sihat2 sebab boleh rasa macam2 menu kat kenduri tu. Tak gitu. Apa2 pun usah bimbang la, penyakit tu Tuhan turun kan kat kita,mungkin untuk menghakis dosa2 kita. Jangan buruk sangka dengan ALLAH SWT. Ada hikmahnya penyakit yang kita hidapi tu. Yang patut kita risaukan ialah kita tak pernah sakit. Bila kita tak pernah sakit, mungkin kita jarang bersyukur sebab kita sentiasa sihat. Lupa nak bersyukur sebab sihat. Tau tau dah mati je...dah ada kat barzah dalam keadaan tak bersyukur....hahaha...Tapi jika kita dah pernah sakit tentu kita tak lupa sentiasa bersyukur sebab kita sihat. Tak gitu. Itu salah satu perkara yang kita perlu fikirkan. Ewahhh....hahaha....


Menjelang lepas tengah hari, aku dah bersiap siap nak balik dah. Sesi kenduri tu berakhir lebih kurang jam 3 petang. Terima kasih la sebab bekalkan kami dengan makanan untuk dibawa pulang...Terima kasih bebanyak sangat sangat...Sebelum bergerak ke Kg Senin, kami singgah dulu kat rumah KAK AWE iaitu kakak bini aku tu... Sempat la menghirup secawan teh tarik sebelum kami bergerak pulang.
Ramai juga la sedara mara bini aku yang hadir kenduri tu. Antaranya keluarga ABANG KAMAL dari BANGI. Keluarga PIAN dari SG. BESAR. Keluarga ENCIK AKHIR. Keluarga FAIZI. Keluarga KAK JU dari MANJUNG. Keluarga FAIZAL....dan keluarga yang dekat2 di SAUK tu. Rasanya itu je yang aku ingat. Mana yang aku tak ingat tu harap maaf la. Jangan marah la...nanti buat la kenduri dan kami akan datang...hahaha....Itu pun kalau dekat2. Kalau jauh2 tu, tak dapek la kami datang sebab aku dah tak larat memandu jauh2. Dah tua kannnn....


Rasanya itu je yang mampu aku tulis. Aku dah tandus idea untuk menurunkan lagi catatan kat sini. Maaf la kalau ada tulisan yang menyinggung. Moga kita berjumpa lagi di masa yang akan datang...
Kami tiba rumah lebih kurang jam 6.00 petang....

~ SEKIAN ~

daud m. zakaria


 

Saturday, February 17, 2024

CATATAN FEBRUARI 2024

Diari DAUD : 16 FEB. 2024

Rasanya dah lebih kurang 2 tahun aku tak menulis kat blog aku ni. Lama tak menulis sebab blog aku ni di blok oleh FB. Setiap kali aku cuba link kan blog ni di FB, pihak FB blok aku punya blog ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab pihak FB anggap aku punya tulisan melanggar peraturan dia orang kut. Sekarang ni macam tak di blog lagi kut. Jadi aku sambung la tulisan aku kat blog ni. Kalau tulisan aku macam merapu jer kat korang, korang boleh je tak perlu teruskan bacaan. Tak salah pun. Kita sekarang hidup dalam negara yang penuh dengan demokrasi kan...Kita boleh setuju dan tak bersetuju pun dengan sesiapa pun. Malah sekarang ni kita boleh buat apa saja yang sesuai dengan diri kita kan...Anak anak pun boleh saman ibu bapa sekarang ni kan...hahahaha...



Jadi sekarang ni aku nak tulis macam2 la. Moga korang sabar la membacanya. Kalau tulisan aku menyinggung sapa2 pun, aku mohon banyak2 maaf ye...Pelbagai benda aku nak tulis ni...maklum la lama tak menulis. Macam biasa, tiap2 Jumaat, aku ajak isteri aku dan adik serta adik ipar aku pi minum kat gerai Yus & Mariah. Mariah tu anak sepupu aku. Saja je bawak minum supaya isteri aku tak perlu penat2 sediakan sarapan untuk aku. Rehat la sikit kan...ewah...Aku memang rasa patut pun pi gerai tu, sekurang kurang boleh juga bertemu dengan orang2 kat kampung aku ni. Aku memang jarang kuar rumah, jadi inilah salah satu caranya untuk bertemu jiran2 dan sedara mara...tak gitu. Kalau gerai Yus & Mariah tutup aku pi ke gerai lain di kampung ni jugak...Gerai kat kampung ni ada beberapa buah jugak di sepanjang jalan. Mustahil semua tutup pada waktu yang sama kan....




Dengan cara ini juga sekurang kurangnya dapat juga aku dengar cerita-cerita orang kampung yang makan minum di situ. Dapatlah juga sikit sebanyak cerita yang mungkin perlu untuk aku ketahui. Contohnya jika ada cerita berkaitan jiran2 sakit atau sebagainya lagi...tak gitu. Walau macam mana pun aku jarang lepak kat gerai dan lepak kat mana2 pun. Aku jarang kuar dan jarang lepak sebab aku taknak terjebak dengan aktiviti umpat mengumpat. Banyak mengumpat nanti akan sebabkan aku MUFLIS di Mahsyar nanti. Memang aku nak elak sangat bab umpat mengumpat ni. Takut. Sebab MATI tu bila2 masa je...tambah pulak dah usia emas ni. Kalau tiba2 mati, jenuh pulak nak jawab dalam kubur. Jadi, tu sebab aku banyak memerap kat rumah. Rasanya lebih selamat kut. Banyak bertemu ramai orang nanti banyak pulak mengumpat dan himpun dosa. Jadi aku amik jalan selamat la. Kalau ada yang tak setuju dengan pandangan aku tak mengapa la. Itu pandangan memasing. Kita bebas berbeza pandangan...hahahaha...

Aku sebenarnya dah duduk di kampung atau menetap di kampung ni lebih kurang masuk 3 tahun dah rasanya. Sudah pencen, tentu aku pilih kampung aku sendiri untuk menetap sebelum mati. Kampung tempat aku lahir ni, bukan kampung orang tau. Aku asal dari sini. Aku dilahirkan di sini. Bukan kaum mendatang. Walaupun raut wajah aku macam kaum mendatang...hahahaha...Bila aku ada kat kampung ini ramai generasi baru yang aku tak kenal pun. Dia orang pun tak kenal aku pun. Aku duk kat Selangor tu lebih kurang 37 tahun, memang patut pun aku tak kenal dia orang, dia orang pun tak kenal aku. Tak kisah la tu...yang penting aku dah duk kat kampung aku sendiri. Masa aku merantau dulu, cuma balik kg setahun sekali je....Biasanya masa ari Ghaya je...





Aku tak menyesal pun pindah dan duk kat kampung aku ni. Kampung sendiri, nak nyesal apanya. Cuma kat kampung ni agak gelap gelita waktu malam. Seram jugak kat sini bila waktu malam. Gelap pekat weh..Tu sebab sampai hari ni aku takut nak kuar rumah waktu malam kalau sensorang. Kalau berdua dengan bini aku tak takut pun. Kalau pi masjid pun waktu siang je...hahaha...waktu malam merap kat rumah je. Rasa seram tu mungkin sebab dah lama aku duduk dalam keadaan keliling yang terang benderang di BANGI, SELANGOR tu...Apa boleh buat laaaa...Tapi rasa seram tu dah banyak kurangnya pun sekarang ni. Awal2 duk kat kampung dulu tu, memang seram bukan seram sikit tapi seram giler weh. Dalam rumah pun rasa seramnya..Bukan seram main2 tapi seram sampai naik bulu roma. Tapi sekarang ni dah banyak sangat kurangnya. Tapi belum mampu lagi kuar rumah sorang2 dalam gelap pekat tu walau pun kat luar rumah ada lampu. Harap akan datang hilang terus seram tu. Masa kami balik dari Bangi sekejap-sekejap dulu dan bermalam di rumah kami ni selalu jugak atas atap rumah kami bunyi berdentum tiba-tiba. Kuat jugak bunyinya, padahal bukan ada pokok tinggi pun sebelah rumah. Adik aku kata itu biasanya HANTU RAYA, bila aku tanya keesokan harinya. Sekarang ni dah takda pun bunyi gangguan macam tu lagi. Mungkin masa tu merupakan SALAM PERKENALAN untuk kami yang baru muncul di kampung ni kut...gamaknya la....




Dah pencen dan duk kampung ni tak banyak aktiviti aku pun. Nak kejekan kebun, kebun pun takda. Banyak relax je la. Sekali sekala aku bersihkan kawasan keliling rumah untuk elakkan semak. Aku memang rimas dengan semak samun ni. Ada satu ketika tu ular masuk ke laman rumah aku. Ular senduk. Rasanya dah dua kali berlaku perkara macam tu. Itu sebab aku tak berapa suka dengan semak samun ni. Takkan la ular pun nak ucapkan SALAM PERKENALAN dengan kami yang baru duk kat kampung ni...hahaha...Tu sebab tanah jiran pun aku bersihkan. Jiran tu memang takda kat kampung ni. Dia orang dah merantau dan dah bermastautin kat tempat lain sama ada jauh atau pun dekat. Rasanya ramai jugak orang kampung ni pindah kuar sebab ada banyak rumah tinggal kat kampung ni. Banyak rumah yang besar2 tinggal gitu je. Ada yang telah diselubungi semak samun. Kat kampung ni masih ramai orang tua tua...Aku pun orang tua2 jugak...hahaha...



Aku sebenarnya selesa duk kat kampung ni. Aku rasa nyaman dan aman dan tak bising2 macam duk kat pinggir bandar dulu tu. Sering aku pi kenduri kat kampung ni demi untuk bertemu dengan jiran di kampung. Itu saja caranya untuk bertemu jiran2 dan kenalan di kampung ni. Ada ketikanya kena pi lebih drpd sebuah rumah satu hari kadang2. Aku pi je la sebab dah dijemput. Wajib memenuhi jemputan orang tau...Masa kat BANGI memang aku jarang pi orang kenduri sebab aku tak selesa dengan keadaan orang yang ramai. Aku rimas bila berada didalam persekitaran orang ramai. Lagi pun aku nak rehat kalau ada di rumah sebab masa tu keje aku banyak...rasanya banyak la....Keje aku boleh katakan hari hari, siang atau malam. Keje aku melibatkan hampir semua acara dalam universiti. Kalau korang tak caya tengok blog aku masa keje ni...Sibuk masa keje tu...Dalam blog tu cuma sebahagian daripada tugas aku masa keje dulu tu...Bila ada masa untuk rehat di rumah, memang malas la nak join macam2 dikalangan masyarakat keliling...Pada aku, hari cuti adalah untuk aku rehat sepenuhnya sebab dah keletihan sangat masa waktu keje. Isteri aku amat memahami dengan situasi aku tu. Bila dah pencen aku dah macam terbiasa dengan cara masa aku masih bekerja. Memang jarang aku join kenduri orang keliling masa aku kat BANGI dulu tu...Harap dia orang tak amik hati sangatla kan....hahahaha..



Kat kampung ni kerap jugak orang buat kenduri. Ada ketikanya aku perlu pi beberapa rumah. Baru2 ni aku pi beberapa rumah kenduri. Mula2 rumah kak MARIAH, lokasi kenduri di Seri Iskandar. Aku kena datang sebab kak mariah dan suami jemput kat rumah. Bukan itu je, suami kak Mariah pun jemput masa kat masjid. Tak baik hampakan harapan orang. Hari tu kami pi ke rumah yang jauh dulu. Kat kenduri kak MARIAH tu aku jumpa adik dia. MARIAM ALANG MOHD yang merupakan classmate aku sejak sekolah rendah hingga MCE tahun 1978. Sejak lepas MCE aku tak pernah jumpa dia hingga la masa kenduri kakak dia tu. Fikir la dah lebih 30 tahun baru jumpa. Kami sembang la sat sebelum aku dan isteri serta kakak ipar aku beredar. Bukan setakat sekolah menengah, masa sekolah rendah layang2 kanan pun aku masih ingat lagi. Dia selalu pi sekolah naik basikal ayah dia. Pi sekolah dan balik sekolah. Sorang lagi Syakirah Mohd juga aku ingat. Classmate aku masa sekolah rendah juga tu. Pi dan balik sekolah naik basikal ayah dia. Masa tu aku pi dan balik sekolah jalan kaki je...hahahaha...Standard la kan...orang miskin...hahaha...MARIAM sekarang ni pesara guru...moga dia terus sihat...

Lepas tu kami pi pula rumah kenduri kawin SIAK MASJID layang2 kanan. Siak ni lebih tua daripada aku. Aku tak kenal dia ni. Aku kenal sebab dia SIAK MASJID. Kemudian kami pi kenduri rumah USOP GERAI. USOP ni aku kenal dia dari aku kecik lagi tapi tak rapat pun sebab dia lebih tua drpd aku. Masa kecik pun aku jarang kuar rumah jadi aku kenal orang kampung aku gitu2 je. Tak rapat pun. Hanya beberapa orang saja yang aku rapat kat kampung aku ni masa kecik. Dan semua mereka yang aku rapat tu aku ingat sampai sekarang ni. Setiap satu muka aku boleh ingat. Jangan kata aku tak ingat...memang aku ingat sangat sangat...Walaupun gitu kawan yang sebaya dengan aku kat kampung ni, macam semuanya dah menetap tempat lain dah. Dah takda pun kat kampung ni. Yang masih menetap kat sekitar kampung ni yang sebaya aku masa sekolah rendah dulu ialah NUAR, LIAS, ALI, YATI, HARISON, ASMAH ABAS dan mungkin ada satu dua orang lagi kut...aku pun tak pasti..Sebab aku tak jumpa yang lain2 tu...Masa kat kenduri tu ramai la yang aku kenal yang aku jumpa. Masa kenduri la yang amat mudah untuk jumpa ramai orang kan...Kat kampung ni pun aku memang tak cari pun rakan2 aku dulu tu...Kalau jumpa..jumpa la...kalau tak...tak la pulak aku cari. Tunggu la masa musim kenduri. Itu pun kalau dijemput...hahaha...Satu lagi masa untuk mudah jumpa kawan ialah masa dia mati...tapi tu la...masa dia dah mati la...hahahaha...

Tanah jiran yang aku bersihkan. Kalau waktu malam gelap pekat tukar jadi kg bunian kut

Tumbuhan sebelah rumah kalau malam gelap pekat kalau tak on lampu

Kelapa sawit sebelah rumah bila malam memang gelap pekat...

Minggu lepas jiran kami masa kat Bangi dulu dan rakan baik isteri aku berkunjumg ke rumah kami. Mereka tidur semalam kat rumah kecik kami tu. Dia orang baru lepas hantar anak dorang ke Kolej Jururawat Di Tanjung Rambutan. Anak dia orang dah beberapa sem kat kolej tu. Dalam perjalanan balik dia orang singgah dan bermalam sat di rumah kami. Dia tu kawan baik isteri aku di taman di Bangi tu dan sama involve dalam Tadika Islam Al Husna di Taman Bangi Indah tu. La ni semua dah takda dan tadika tu pun dah tutup. Tadika bawah pengurusan surau. Dia orang pun dah pindah ke Banting dan menetap di sana. Aku ada menulis berkaitan mereka di SINI. Moga Masmizah sekeluarga sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati Allah swt dunia hingga akhirat. Sebagai Muslim kita wajar mendoakan sesama Muslim sentiasa...tak gitu...




Sempat la kami sembang panjang panjang. Maklum la lama tak jumpa..Keesokan harinya dia orang sambung perjalanan ke Banting. Moga jalinan ukhwah kami akan terus berkekalan hingga ke syurga...amiinnnn...


Bila usia dah meningkat, tentu kesihatan tubuh badan kita tak seperti muda muda dulu. Dah usia emas kesihatan memang kena jaga. Bukan masa usia emas tapi masa muda juga mesti dijaga. Kalau udah usia emas memang lagi cermat dan lebih teliti lagi dalam aspek menjaga kesihatan diri. Namun ada juga yang tak berapa bernasib baik dan dihinggapi pelbagai penyakit. Itu semua keje Tuhan. Ada juga orang yang dah lanjut usia masih sihat dan tak didekati sebarang penyakit pun. Namun ramai juga yang terpaksa bergelut dengan kesihatan diri dan terpaksa berulang alik ke klinik untuk memantau kesihatan diri sentiasa. Apa boleh buat la...Redha saja la dengan ketentuan Allah swt. Moga Allah swt bersihkan diri kita daripada semua dosa2 dengan ujian penyakit yang kita miliki sebelum dipanggil mengadapNYA...Tak gitu....Memang kita akan berasa down dan amat sedih bila tubuh kita dibelit oleh penyakit. Bila2 masa je penyakit tersebut akan menjerut kita hingga tak bermaya dan berpindah alam...kannnnn...Apa apa pun sabar je la...Dunia memang lokasi Tuhan uji kita sebelum mati. Tiada sorang pun lepas drpd ujian Allah swt. Ujian miskin agar manusia tidak mengeluh. Kalau mengeluh, maknanya tidak redha. Bila tak redha, maknanya kita gagal ujian Tuhan. Bukan saja gagal malah berdosa lagi. Ujian kaya supaya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan harta itu diarahkan kepada perkara yang Allah galakkan. Bersedekah, bayar zakat, dan sebagainya lagi. Bukan itu saja, si kaya jangan sombong dgn harta yg dia miliki sebab itu ujian Allah. Harta yang dia miliki adalah amanah Allah swt masa kat dunia ni. Kekayaan bukan nasib baik kita tapi Allah swt yang anugerahkan, untuk Allah swt melihat apa tindakan terhadap amanah yg DIA letakkan pada si kaya berkenaan. Jenuh menjawab di Mahsyar nanti bila kekayaan digunakan untuk perkara yang tidak diredhai Allah. Lama nanti masa di mahkamah Allah nanti bila kita kaya. Dikatakan sahabat Nabi yang kaya dan paling lama di mahkamah Rabbul Jalil nanti ialah ABDUL RAHMAN BIN AUF. Sahabat Nabi yg telah dijanjikan syurga pun lama di Mahkamah Allah swt, apatah lagi kita manusia kaya biasa yang tidak dijanjikan syurga. Fikir jauh2 dan jangan sombong dengan harta yang kita miliki. Jangan sombong sesama manusia sebab kita tak tau kita ni penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. Tak perlu sombong dan kedekut ye....Itulah, masing masing dengan ujiannya di atas muka bumi ni. Sabar la ye...termasuk la penulis blog ni jugak....


Mintak maaf la, tulisan aku yang sentuh sikit tentang politik sikit. Aku bukanlah penyokong yang 'hardcore' dengan parti parti ni. Cuma aku amik tau jugak la hal berkaitan kerajaan dan parti2 ni melalui medsos atau media sosial ni. Aku memang bergantung maklumat kepada media sosial yang pelbagai. Aku lebih fokus kepada masa depan kaum kita yang ketinggalan sangat dalam banyak benda berbanding kaum lain tu. Kita memang dah berpecah kepada pelbagai parti yang banyak. Bila dah berpecah tentu kita dah langsung tak kuat pun. Usah semabang macam2 la...memang kita dah tak kuat bila tak bersatu. Bila tak kuat, nak perjuangkan apa2 pun tentu sukar. Pada aku kita boleh saja berbeza pandangan atau parti tapi dalam soal kepentingan bangsa kita, kita mesti bersatu. Kita mesti macam kaum yang satu lagi tu. Mereka berbeza pandangan tapi dalam soal kepentingan bangsa, mereka teguh bersatu. Kita pula sebaliknya. Kita ni payah sangat nak bersatu hati dalam memperjuangkan agenda bangsa kita. Kita berpecah parti, kita berpecah pandangan dan dalam banyak hal. Kaum lain berpecah parti dan pandangan tapi, dia orang bersatu teguh dalam memperjuangkan kepentingan bangsa mereka. Lihat la realiti...Kita mempunyai 70% penduduk bumiputra (melayu + kaum2 pribumi) tapi tak banyak benda kita mampu buat untuk kepentingan kaum kita yang ketinggalan jauh dalam negara sendiri. Sekarang ni macam tiada apa2 pelan atau agenda pun untuk memperkasakan kaum bumi. Kalau ada sila komen di bawah...hahahaha...Kaum bumi merupakan majoriti di negara ini. Nak harapkan kaum lain perjuangkan?. Mimpi dan ngigau la kome. Cuba semak, kalau ada. Wujud ka lagi bantuan untuk pekebun kecil. Bumiputra la yg ramai dalam katogori pekebun kecil ni. Itu hari pernah dengar pengusaha tanaman padi kata baja sekarang kena beli sendiri. Subsidi baja, rasanya lama dah takda kan. Masa dulu2 rasanya ada subsidi baja dari kerajaan. Sekarang ni heboh pulak nak mansuhkan pencen penjawat awam. Sedangkan majoriti penjawat awam adalah kaum bumi. Kalau pencen dah tiada macam mana dengan kemudian perubatan penjawat awam masa pencen nanti. Kena tanggung sendiri ka. Sekarang ni ibu bapa penjawat awam masih boleh juga menumpang anak2 mereka yang merupakan penjawat awam termasuk kemudahan dialisis. Kan gitu. Kalau tak silap la. Ntah la...kita lihat la nanti....Harap kaum kita sedar2kan la diri tu, jangan terus tido. Dari segi ekonomi kita gagal menyaingi kaum lain. Dasar Ekonomi untuk meningkatkan pegangan ekonomi bumi ke 30% pun rasanya tak tercapai. Hanya mampu capai bawah 20% je. Kuasa ekonomi dipegang kaum kaum lain. Mungkin dalam 80% ekonomi negara dikuasai mereka. Kita boleh agak dengan mudah sapa yang pegang ekonomi negara ni melalui data 10 billionaire terkaya Malaysia sekarang ni. Sorang pun tiada Melayu. Dulu bolehlah harapkan Syed Bukhori. Sekarang Syed Bukhori pun jauh ke belakang. 

Rasanya kita mesti ubah sikap kita. Kita mesti bantu kaum sendiri untuk ke depan tak kira la dia berbeza atau tidak dengan pandangan kita atau parti kita. Kita dah jauh tinggalnya. Terutamanya kita yang ada sedikit sebanyak KUASA pimpinan di mana sekali pun. Bantu sapa2 je drpd bangsa kita ni. Bangsa kita bangsa cacat sejak dari zaman dulu lagi. Bangsa kita perlukan tongkat, perlu dibantu. Salahkah kita sebagai bangsa peribumi dapat banyak bantuan kerajaan...salah ka...Ini negara asal kita...negera tempat kita lahir. Tanamkan semangat sayangkan bangsa sendiri dalam hati generasi kita. Kukuhkan agenda untuk majukan bangsa sendiri. Kalau tak, kita akan tergadai semua nanti. Mungkin dalam 10 atau 30 atau 50 tahun akan datang, bangsa kita tak punyai apa2 pun. Kita jangan warisi sikap orang2 tua yang dulu2 tu, tak habis2 dengan berkelahi, berhasad dengki dan sebagainya. Buangkan hasad tu. Bersihkan hati. Didik diri kita dan anak2 kita supaya tak hasad dengan bangsa sendiri. Boleh ka gamaknya. Kalau tak boleh, teruskan sikap buruk bangsa kita yang merugikan bangsa sendiri tu. Teruslah buat khianat dengan bangsa sendiri dari pemimpin hingga ke generasi rakyat marhaen tu. Lihat la 2050 selewat-lewatnya...apa akan jadi dengan bangsa kita nanti. Bangsa kita ni tak suka nak lihat bangsa sendiri berjaya. Itu sebab bukak gerai kecik pun didukunkan, dipawangkan...Kita tebal sangat dengan hasad dengki...Nama je agama Islam. Neraka tempat pendengki ni...tak takut ka...Sihir tu syirik, KEKAL DALAM NERAKA...tak takut ka...Bolehkah kita berubah dan berjuang untuk bangsa sendiri. Kalau kita masih dengan sikap melayu lama atau sikap melayu kuno, tentu kita akan terpinggir jauh masa akan datang. Kesian dengan generasi kita di masa akan datang sebab kita masih genggam kemas sikap utamakan perut sendiri, perut suku sakat sendiri, sedara mara sendiri, kumpulan sendiri dan macam2 sendiri2 lagi la. Kita juga asyik berlagak saja dikalangan bangsa sendiri. Berlagak dengan harta. Berlagak dengan jawatan. Berlagak dengan kuasa. Berlagak dengan macam2. Kita tak sayang bangsa sendiri pun...Kita tak mahu berubah sikap. Kita masih pegang kemas sikap buruk generasi yang lalu. Sampai bila. Sampai kita dah tergadai semua ka...Masa sekolah menengah dulu, aku masih ingat sorang guru yg berkata dalam kelas...'KITA NI ORANG MELAYU MEMANG BANYAK BERTOLAK ANSUR DGN KAUM LAIN. DIA ORANG TOLAK KITA BERANSUR. DIA ORANG TOLAK KITA BERANSUR LAGI...SUDAHNYA BILA DAH TAKDA TEMPAT NAK BERANSUR, KITA TERJUN SUNGAI AKHIRNYA...Aku percaya dengan kata2 dia tu bila aku lihat keadaan bangsa kita hingga kini. Bangsa kita amat bertolak ansur dan amat mudah di kuda kudakan...Nak teruskan juga ka sikap2 negatif bangsa kita yang lama tu...Tepuk dada tanya iman...

~  SEKIAN ~


daud zakaria

Friday, December 30, 2022

CATATAN DIS 2022

Diari DAUD - Hari ni 31 Disember 2022, esok tahun baru. Dah setahun aku duduk kat kampung ni. Dah pindah sini dah. Duduk tetap la kat sini sampai mati gamaknya...hahaha..Duduk kat kampung aku ni mungkin selesa mungkin tak tapi rasanya selesa kut untuk aku. Memang aku yang nak pindah kampung kut. Mungkin anak2 dan isteri aku lebih suka duk kat Bangi gamaknya...hahaha...Tak kisah lah kita duduk mana pun sebab kita akan mati jugak dan tempat kita yang kekal ialah di SYURGA...insyaALLAH...Duduk di kampung ni serba serbi jauh dari rumah berbanding kalau duduk di Bangi. Di Bangi, keluar rumah aje dah ada macam macam. Semua dekat dengan rumah dan semua ada. Duduk kat kampung ni serba serbi jauh. Kalau nak ke pekan besar sikit ialah Bandar Seri Iskandar yang lebih kurang 16 kilometer dari rumah. Apa boleh buat la. Aku sendiri yang nak pindah ke kampung....hahaha..Harga barang kat sini lebih kurang sama je dengan kat Bangi terutamanya makanan. Ada juga yang lebih mahal dari di Bangi. Kalau yang murah mungkin sewa rumah kut. Rasanya 600RM boleh dapat rumah teres dua tingkat kalau rajin cari kat Seri Iskandar dan pekan2 sekitarnya...Kena rajin cari la...

kat Seri Iskandar ni...

Dalam bulan Disember ni kami pi ke SAUK Kuala Kangsar tempat kelahiran isteri aku. Lebih kurang sejam perjalanan. Kami pi sana dengan anak lelaki kedua kami bersama isteri dia tu. Dah tak tau nak pi mana jadi terfikirlah untuk pi ke SAUK tu. Kami singgah di rumah kakak ipar aku. Duduk la kami untuk beberapa jam. Siap makan tengah hari dan lain2. Kakak ipar aku siap buat lepat pisang lagi. Lama juga kami di situ. Kemudian kami pi ke rumah kakak ipar aku yang kedua yang duduk berhampiran. Minum2 dan sembang sembang kat situ. Kami tak pi ke rumah kakak ipar yang lagi satu sebab dengar cite dia dah berada di KL di rumah anaknya. Lewat petang baru kami balik ke kampung aku...





Sebenarnya kat kampung aku ni takde pun lokasi yang aku suka sangat pun. Tapi kalau aku ni kaki pancing memang seronok la duduk kat sini. Sungai Perak tu memang luas untuk lokasi memancing. Lokasi tu memang puas hati la untuk kaki pancing. Tapi aku memang tak minat memancing pun. Aku rasa macam penat aje memancing ni. Satu hari tu, anak lelaki aku ajak pi sawah. Kebetulan dia berada di kampung. Tengok tengok je suasana di sawah tu. Kami memang takde sawah pun. Tengok sawah orang aje pun. Tangkap la foto sikit sikit kat situ.






Sabtu, 24 Disember 2022, kami gerak ke Bangi. Kami pi ke sana sebab 25 Disember 2022, anak sedara isteri aku akan menikah di Banting. Di Bangi kami duduk di rumah yang di duduki oleh anak anak kami. Kami dah bermastautin di kampung. Anak anak kami masih tinggal di Bangi. Kebetulan hari tiba di Bangi, ada masalah air di Selangor. Binawe betui la. Fikir la dengan rasa nak mandi, nak buang air dan lain2. Selangor ni tak habis habis dengan masalah air, Nama je negeri kaya dan maju...eeeeee...rasa nak maki aje...opst! hahaha...Bandar Seri Putra yang letak berhampiran Bangi rupanya dah banyak berubah. Semua lot kedai yang dulu baru siap dibina dah diisi oleh aktiviti perniagaan. Penuh semua dah premis perniagaan di situ. Semua ada dah nampaknya. Malam tu di Bangi kami terpaksa beli air minuman kat Pasaraya Lotus yang berhampiran. Esok paginya kami terpaksa pi ke MASJID BANDAR NILAI untuk mandi dan buang air...hahahaha..Kami pi sana lepas solat subuh. Awal pagi. Rupanya tiba di sana ramai jugak yang datang dari kawasan selangor yang terjejas bekalan air datang ke masjid tu untuk mandi dan sebagainya. Masjid Nilai tu di Negeri Sembilan tau. Lebih kurang 16 Kilometer dari kediaman di Bangi tu. Selesai semua urusan di masjid tu kami bergerak ke Bangi. Aku letakkan wang dalam tabung masjid tu. Kita dah guna air masjid tu jadi tak salah untuk kita derma sedikit...tak gitu...


Dalam jam 11.00 pagi kami gerak ke Banting untuk hadiri kenduri kawin anak sedara isteri aku. Lebih kurang sejam kami tiba di dewan tempat majlis tersebut. Di sana kami masuk dewan dan bertemu sedara mara isteri aku yang dah awal sampai ke dewan tersebut. Ramai sungguh sedara mara isteri aku tu...hampir semua ada. Cucu2 pun dah ramai...hahaha...Adik beradik isteri aku rasanya ada semuanya. Abang2 , kakak2 dan adik2 dia semua ada. Seronok dia orang bertemu sedara mara. Aku tumpang seronok aje la...hahaha..

Foto ni aku amik je dalam wassap isteri aku..



Foto aku dan isteri bersama biras aku dan keluarga pengantin.

Selesai kat kenduri tu kami pi pulak ke rumah rakan baik isteri aku di Banting jugak. Kami tiba di rumah Mazmiza dan suaminya Amos dalam jam 4 petang kut. Di rumah tu kami tumpang mandi dan lain. Siap kami dihidangkan untuk makan2...Kami ambil kesempatan untuk mandi dan solat kat situ sebab kawasan Bangi masih takde air lagi. Lama jugak kami kat situ. Lewat petang kami gerak ke Bangi. Terima kasih Mas diatas segala layanan serta sebab kami dapat mandi dan lain2 kat situ...hahaha...

Rumah Masmiza


Tiba di rumah di Bangi, air dah ada...Bahagia jugak rasanya air dah ada...hahaha...Masa di bangi ni sempat la isteri aku ramah mesra dengan rakan2 lama dia di Bangi tu. Sempat dia bertemu rakan dia di surau taman tu dan rakan2 dia kat sekitar taman tu. Pagi RABU, 28 Disember kami gerak balik ke kampung. Ada jugak kawasan yang jem masa di lebuhraya plus tu. Letih jugak memandu selama lebih kurang 4 jam. Lenguh kaki tangan. Mungkin sebab aku dah tua kut, tu sebab dah rasa letih memandu...Ye ke da tua...hahahaha...

Gerai roti canai dalam kampung. Berjalan kai je dah sampai...

Kat kampung ni terdapat beberapa buah gerai untuk minum2. Gerai kampung. Aku jarang minum kat gerai ni sebab isteri aku rajin masak dan buat sarapan...hahaha...Jadi tak perlu la aku minum di gerai. Aku pun memang bukan jenis minum diluar. Aku lebih selesa minum di rumah bersama bini...hahaha..Sekali sekala je pi minum untuk bagi isteri aku rehat untuk buat sarapan...Baik jugak aku ni kan...hahaha...Rasanya ada jugak bagusnya minum kat gerai sekali sekali. Dapat juga bertemu orang kampung dan sedara mara....tak gitu...




Di kampung, bila hujan penuh becak. Kete aku macam masuk sawah kalau nak sampai depan rumah. Baru aku tau rupanya bila musim hujan memang macam itu la becaknya. Sebelum ni aku tak tau sebab aku baru pindah sini. Jadi terpaksalah aku beli batu untuk tabur kat lorong masuk ke rumah aku. Harap takde la becak lagi macam kat sawah tu. Dah cuba minta bantuan jalan tar tapi rasanya tak lulus kut. Jadi aku beli je batu satu lori 3 tan. Aku dan isteri serta adik pompuan aku tabur sendiri batu tu di lorong tu...



Rasanya itu aje kut catatan yang mampu aku catat hari ni. Moga kita semua diampunkan oleh ALLAH segala dosa kita. Dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamin..

...sekian..

daud.m.zakaria


Lagi kenduri...3 Mac 2024.

Diari DAUD : Hari ni, 3 Mac 2024 aku gi kenduri lagi. Kali ni kenduri TAHLIL pulak. Dah nak hampir Ramadan ni memang ada je kenduri di mana ...